Hari jumaat lalu aku dgn kawan2 aku gerak ke KL, untuk menghadiri 1 perkahwinan di sana. Arrgghhh , sangat memenatkan. Aku pulak pertama kali jejak area2 KL niihh...fuhhh ~ Kenduri ni pulak adalah kenduri sepupu kepada awek member 'A' aku nii. Kawan2 yg lain member 'C' dan member 'M'. Sebelum tu , kami sampai di Restoran Jejantas Sungai Buloh pukul 4am. Mata aku dh memang cannot go dh..fuhhh~ terlena jgk sampai 6.30am. Lepas sarapan pagi kami go to KLCC, shoot apa lebih kurang dulu dengan semua member2. Lepas tu, ada mak dan anak matsaleh ni tgh lepak2..Member 'A' cabar si member 'M' untuk ajak si matsaleh perempuan dua orang ni shoot dan matsaleh tu SETUJU ! hAHAHA..Memang style travel KL kami. Tapi ni hanya mukadimah..hahaha
Then kami terus ke kenduri sepupu awek member 'A' ni. hahaha. okay , then bila pengantin sampai mmber 'M' ni bersama kameranya terus ke pengantin..hahaha. Dah macam Official Photographer. HAHAHA. Yang OP depa ni panas ja tgok si member 'M' nii..hahahaha.. Member 'M' ni seperti biasa tak pedulikan orang. Ayat yang kami selalu dengar dia akan cakap "Arrrggghhh, mampoih orang arr. Aku mesti dapat benda yang aku nak baru aku puas hati". Aku pon nk shoot jgk pengantin tu sbb bole tambah portfolio tp mata aku mmg berat and cannot go gila vavan arr...hahahaha..so , aku biarkan saja member 'M' ni shoot. hahahaha
Lepas tu waktu petang kami shoot pre wedding member 'A' dgn aweknya di Taman Metropolitan, KL. hahahaha. Macam lawak pon ada tp depa memang sweet ^_^ hihihihi. Rare ! Then, time nk balik tu member 'A' ni nk jumpa kejap member sekolah rendah dia dekat Sentul. Dekat sentul tu pon mata aku dak koyak rabak dah..Memang dok nampak rebah jaa..hahaha. Kebetulan kt sebelah kedai makan tu ada 1 dewan dan ada anak Dato' mana tah kawin. Pengantin SUMPAH segak nak mampoih.. hahahahhaa. Seperti biasa member 'M' ni dengan muka tak malu nya dia masuk ke depan pelamin dan shoot pengantin tu..hahahaha. Kadang2 aku tengok dia ni pelik tapi respect jugak apa yang dia buat. Aku pulak dah memang tak larat dah. HAHAHA.
Kemudian kami ke ICT Shah Alam. Tak banyak aku nak cita tentang ICT ni ! Tempat dia memang spoil gila arggghhhhh!!!! Tak Best !!!!!!! herrhhhh ~~~ Boring boring boring. Lepas balik ICT kami stay rumah kawan member 'C' nihh..tido sini kejap. Esok nk ke Putrajaya jap.
Keesokkan harinya kami di PUTRAJAYA, aku hallo seorang kawan yg aku kenali melalui FB, Eila Kiko namanya dan lebih mesra aku panggil Cik Iko bersama kawannya Alynn. Pagi tu Cik Iko ni ada shoot kt taman botani, sempat la kami jumpa photog2 dari Kota Raya ni HAHAHA. Petang tu Cik Iko bawak kami semua melawat area2 PJ ni dan shoot sikit2 sampai malam..hehehe..Dah malam tu macam plan nak balik penang dah tapi si 'A' ni dia masih tak cukup nak jumpa awek dia kat Gombak tu, so, kami cakap jumpa jaa..bukan selalu mai..so si 'A' ni g la amek awek dia kat gombak dan kami g lepak kat titiwangsa. After lepak situ g makan MCD kt Gombak. Pas tu baru la tembak balik penang. Tapi tak sampai..hahahaha..Suboh tu brenti tido kt Ipoh. Aku tidor terus, pagi tu aku perasan member 'A' ngn 'M' berenti dekat kawasan mana ntah, depa dok shoot. Aku yang masih lali lali terus terlena dan sedar2 ada kat sungai perak dah..hahaha..lepak makan jap, pas tu g Taiping mandi air terjun kat Bukit Larut. Petang tu lepak taman tasek taiping. Punya la bosan. Nak shoot pon dh tak larat. Aku sampai rumah tepat orang azan Maghrib. Alhamdulillah, tak ada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang travel ni. HAHAHA

Overall Enjoy arr Travel 4 hari 3 malam ni ! Thumbsup kawankawan aku memang da best :)
Nanti kita travel lagi yaww !!! <3