Inilah kehidupan kita, hidup secara berpasangan dan Allah telah tetapkan pasangan atau jodoh kita. InsyaAllah kita tergolong dari orang2 yang menjaga batas batas pergaulan.
Syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menarik hamba hamba Allah supaya masuk ke neraka bersama sama mereka. Inilah SUMPAH SYAITAN. Kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dan sering melanggar setiap perintah Allah kerana kita mudah terdengar hasutan syaitan. Oleh itu, kembalilah kita memperketatkan iman dan selalu melakukan amal soleh. InsyaAllah.
Lupakah kita pada sumpah pendekar ? Berpegang pantang main kepala, berjanji takkan tinggal maruah dan takkan bertikam sesama kita. ITULAH SUMPAH PENDEKAR ANAK MELAYU !
Kita tidak tahu kemana kita akan pergi di masa akan datang. Apakah perjalanan kita selalunya indah, selalunya hebat ? Tak juga, kadang kadang kita pasti melalui satu keadaan yang sukar diterima tapi hakikatnya kita sudah terima. Melihat dari gambar ini, aku tahu makcik ni sedang kesunyian, tanpa teman, tiada orang disekelilingnya dan tiada siapa yang ambil berat tentangnya. KEHIDUPAN KITA TAK SELALUNYA INDAH !
Itulah serba sedikit perkongsian aku terhadap agenda terbaru aku dalam dunia fotografi. Aku akan terus berkarya dalam membentuk satu nasihat kepada semua orang dan juga aku sendiri. InsyaAllah. Semoga aku berjaya ! Aminn !





