Saturday, 19 October 2013

K E H I D U P A N

Ahh, dah lama aku tingalkan benda benda ni. Lepas apa yang berlaku dalam hidup aku, bagi aku setakat ni paling mencabarlah bila kamera kesayangan aku hilang. Aku jadi lemah, lengai, lembab tak tentu pasai. Tapi semangat aku kembali dengan dorongan kluarga dan kawan2..huhu, best ! Dapat kamera baru. hehe.. Ada hikmahnya..Sekarang aku teruskan aktiviti aku dalam mengambil gambar. Yang dahulunya aku sering tangkap gambar gambar perempuan, model dan sebagainya tanpa ada maksud yang tersurat, tersirat dan kenapa aku tangkap gambar tu. Tapi sekarang aku nk letakkan satu identiti atau satu cerita dalam setiap gambar yang aku persembahkan. Ni aku bagi hampa ushar sikit..hehehe ~

Inilah kehidupan kita, hidup secara berpasangan dan Allah telah tetapkan pasangan atau jodoh kita. InsyaAllah kita tergolong dari orang2 yang menjaga batas batas pergaulan.


Syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menarik hamba hamba Allah supaya masuk ke neraka bersama sama mereka. Inilah SUMPAH SYAITAN. Kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dan sering melanggar setiap perintah Allah kerana kita mudah terdengar hasutan syaitan. Oleh itu, kembalilah kita memperketatkan iman dan selalu melakukan amal soleh. InsyaAllah.


Lupakah kita pada sumpah pendekar ? Berpegang pantang main kepala, berjanji takkan tinggal maruah dan takkan bertikam sesama kita. ITULAH SUMPAH PENDEKAR ANAK MELAYU !



Kita tidak tahu kemana kita akan pergi di masa akan datang. Apakah perjalanan kita selalunya indah, selalunya hebat ? Tak juga, kadang kadang kita pasti melalui satu keadaan yang sukar diterima tapi hakikatnya kita sudah terima. Melihat dari gambar ini, aku tahu makcik ni sedang kesunyian, tanpa teman, tiada orang disekelilingnya dan tiada siapa yang ambil berat tentangnya. KEHIDUPAN KITA TAK SELALUNYA INDAH !
Itulah serba sedikit perkongsian aku terhadap agenda terbaru aku dalam dunia fotografi. Aku akan terus berkarya dalam membentuk satu nasihat kepada semua orang dan juga aku sendiri. InsyaAllah. Semoga aku berjaya ! Aminn !



Friday, 10 May 2013

KERANA BANYAKLAH DUIT AKU BINASA

Kita selalu seronok bila banyak duitkan ? Boleh shopping, jalan jalan, makan makan dan bla..bla..bla..
TAPI, bila kena kat aku yang jadi tak seronok. Seronok tu mai sat jaa, pastu muka tengik sepanjang hari. Ehhh, sepanjang hari tu kira sehari jala kan ??? dak dak !!! lama oo, 2,3 hari jugak muka tengik aku ni berlarutan. Ditokok tambah pulak dengan leteran bapak aku -___- adoiii ~ berdesing otak aku, tapi dengan muka selamba ja aku makan nasik dan seolah olah mengabaikan leteran itu, but its okay. Aku tak melawan, anak soleh ^__^ Alhamdulillah..hahahahaha (Panjang pulak mukadimah aku, melalot pulak tu)

Lepas aku keja kat Penang 5 hari, aku ada la duit sikit. Balik dari Penang, aku stay rumah 2 hari, terus aku tembak pegi Sungai Petani dok sana umah member aku seminggu. Then, esok tu nak balik Nibong, keta aku temperature naik membabi babon. Okay, as usual..standardlahh..isi ayaq, TADDA !!!! keta ok..vroom vroomm. Keesokkan harinya aku balik Nibong and my car still looks like Hummer ! Perrgghhh. Gagah perkasa !!! Tapi kasanya tak kekal lama bila mai petang sikit Syaitan mulai muncul, Jeng Jeng Jeng, tangki ayaq keta aku bocoq. Haram J betoi !!! dan sebab itulah ayah aku dok bising bising kat aku. Actually keta dia, tapi dia bagi kat aku ^___^ hehehe.

Tak dan kes keta selesai, mai satu lagi kes. Harta kedua kesayangan aku ni injured pulak ! Pundek !!! My beloved laptop :'( huhuhuhu.. Tu semua gasak duit aku. Time ada duitlah menatang menatang ni nak jadi ! Tapi kalau tak ada duit lagi susahkan ? nak pebaik macam mana ??? ahhh, satu persoalan yang buat aku jadi bengong. Pastu apa lagi, The President of Fairly House in Taman Harapan, Mr. Ishak Man, give a speech to his Very Handsome Son, Sir Amirun Ishak. hehehehe. "Hang ni asyik bagi rosak barang ja, bagi apa kat hang semua rosak". Adoiii ~ dah nak rosak ayah oii, boh pi la ketoi aih dalam frozen pon, kalau dia nak cayaq, cayaq jugak -___- hurmmm..aku boleh diam jala, nak kata apa ? Benda benda hat aku bagi rosak pon dia yang bagi. Pebaik la seniri.

Tak dan habeh bulan 5 lagi, duit aku dah hampir clean, sebab dok ada pekerja pekerja cleaner kat sekeliling aku. Tapi takpa lahh, duit habis boleh cari. Kudrat habeh nak cari celah mana ? "Masih kuat kudrat batin ku mencari nafkah zahir itu"

Dok menaip naip ni, mata pon dok terelap relap. Lena dulu la oiii. hurmmm.

Monday, 22 April 2013

Life ~_~

Bila aku dah habeh study bulan 12/2012 hari tu, mula la kehidupan aku yang baru. Kehidupan yang terbalik, siang aku tidoq malam aku berjaga. Pundekk !!!! aku tak sangka hidup aku boleh jadi macam ni. Aku bukan seorang yang asal-asal dah malas tapi kenapa aku macam malas nak cari kerja. Berikut antara soalan-soalan yang sering ditujukan kepada aku bila aku jumpa dengan masyarakat sekeliling : Haram betoi depa dok suka tanya macammacam !

Jadi photographer masyukk paa ???

Ahhh, hampa nampak luaran saja masyuk, dalam ni aku yang rasa ! cibai, aku baru ja start dalam foto nii, mana ada job melimpah limpah macam paip ayaq yg hampa tak tutup kat kolam mandi tuu..Hidup aku tak ubah macam seorang panganggur la jgk -_- gggrrrr ~

Kenapa tak keja kt tempat hang praktikal dulu terus ???

Ya, aku memang ditawarkan bekerja terus dgn tmpat praktikal aku tuu.. TAPI !!!! Bos dia macam pundek ! Payment gaji bayaq lambat cam haremm !!! jangan kata aku yg praktikal nii, yang dh keja 4 tahun pon gaji dia skip sampai dua bulan. ADoiiii ~ macam tu ka hampa nk suruh aku keja ? macamna nak hidup ? tapi yg pekerja senior tu lembut. Sampai tak bunyi langsung. Aku silap laaa, mintak mesti mintak punya, pundek dok wat tahana kt orang tak kena gaya.


Macam-macam lagi soalan yg dok keluaq..aku malas nak tulis semua, semuanya menyusahkan aku jaa...


SOALAN EXTRA

Woii, hang tak ada awek ka ??? Dok shoot talent merata hala, takkan tak adjust kot ???

Diam ahhh !!! aku tak suka hampa tanya pasai tuu..pintu hati ni payah nk terbukak !!! hanya orang hebat2 jaa boleh bukak pintu hati ni..Heerrrr ~


AKU PULAK TANYA

Ada lagi soalan hampa ???

Haram, tanya macam2..Annoying betoi !!! -__-

Hidup ni kita kena layan, bila kita tak layan tu yang jadi serabut. Apa saja yang datang mesti akan pergi, apa saja yang tak ada pasti akan datang. Rezeki ada dimana mana. Teruskan hidup yo !!! Straight Forward !!!
Woiii, ushar ushar apa ???? penampaq g kot !!! meh nak tangkap gambaq hampa !!! wkkakakaka


SMILE ^__^

Kecekeq !!!

Sunday, 21 April 2013

Damn Girl !

Bumbung jadi pelindung tiba tiba runtuh jadi pembunuh.

Memberi aku pisau untuk mudah menebas hutan, memberi laluan pada aku mencari kehidupan. Terasa hati seperti baru dilahirkan, merasa diri lebih diperlukan, tapi dia menanam pisau didalam perut, hati tak bernyawa bagai leher terjerut, menangis teresak bagai sedang terdesak, hatiku luka ditusuk tapi dia menidak.

Hutan tebal menutup jalanku, tapi dia menebas memberiku nafas baru, tapi ku sedar nafas lama tidak berbau, ku tak tertahan bau nafas yang baru. Diriku kuat suatu ketika dulu, bila pisau mendatang ku diam terpaku. Bagai menanam paku dalam hatiku, dia pergi langsung tak memandangku.

Dia berubah setelah dipuncak, aku dibawah terkapai mencari punca. Aku mengiya dia menidak, akhirnya pisau tumpul semula. Tak guna berair mata sedangkan dia yang berdusta, mencari punca dari diriku juga. Aku menolak tanpa melihat, dia berkata aku yang jahat. Sedangkan mata lagi menipu, inikan hati rasa tak menentu. Sudah hilang cahaya dari hatiku, lepaskan dia pergi jauh disisiku.

Yang api jadi airnya, yang air jadi serpihnya.

Kisah manusia yang tanam pisau dalam perut, yang beri paku dalam mulut.

Saturday, 13 April 2013

KL DOE !

Hari jumaat lalu aku dgn kawan2 aku gerak ke KL, untuk menghadiri 1 perkahwinan di sana. Arrgghhh , sangat memenatkan. Aku pulak pertama kali jejak area2 KL niihh...fuhhh ~ Kenduri ni pulak adalah kenduri sepupu kepada awek member 'A' aku nii. Kawan2 yg lain member 'C' dan member 'M'. Sebelum tu , kami sampai di Restoran Jejantas Sungai Buloh pukul 4am. Mata aku dh memang cannot go dh..fuhhh~ terlena jgk sampai 6.30am. Lepas sarapan pagi kami go to KLCC, shoot apa lebih kurang dulu dengan semua member2. Lepas tu, ada mak dan anak matsaleh ni tgh lepak2..Member 'A' cabar si member 'M' untuk ajak si matsaleh perempuan dua orang ni shoot dan matsaleh tu SETUJU ! hAHAHA..Memang style travel KL kami. Tapi ni hanya mukadimah..hahaha

 Then kami terus ke kenduri sepupu awek member 'A' ni. hahaha. okay , then bila pengantin sampai mmber 'M' ni bersama kameranya terus ke pengantin..hahaha. Dah macam Official Photographer. HAHAHA. Yang OP depa ni panas ja tgok si member 'M' nii..hahahaha.. Member 'M' ni seperti biasa tak pedulikan orang. Ayat yang kami selalu dengar dia akan cakap "Arrrggghhh, mampoih orang arr. Aku mesti dapat benda yang aku nak baru aku puas hati". Aku pon nk shoot jgk pengantin tu sbb bole tambah portfolio tp mata aku mmg berat and cannot go gila vavan arr...hahahaha..so , aku biarkan saja member 'M' ni shoot. hahahaha

Lepas tu waktu petang kami shoot pre wedding member 'A' dgn aweknya di Taman Metropolitan, KL. hahahaha. Macam lawak pon ada tp depa memang sweet ^_^ hihihihi. Rare ! Then, time nk balik tu member 'A' ni nk jumpa kejap member sekolah rendah dia dekat Sentul. Dekat sentul tu pon mata aku dak koyak rabak dah..Memang dok nampak rebah jaa..hahaha. Kebetulan kt sebelah kedai makan tu ada 1 dewan dan ada anak Dato' mana tah kawin. Pengantin SUMPAH segak nak mampoih.. hahahahhaa. Seperti biasa member 'M' ni dengan muka tak malu nya dia masuk ke depan pelamin dan shoot pengantin tu..hahahaha. Kadang2 aku tengok dia ni pelik tapi respect jugak apa yang dia buat. Aku pulak dah memang tak larat dah. HAHAHA.

Kemudian kami ke ICT Shah Alam. Tak banyak aku nak cita tentang ICT ni ! Tempat dia memang spoil gila arggghhhhh!!!! Tak Best !!!!!!! herrhhhh ~~~ Boring boring boring. Lepas balik ICT kami stay rumah kawan member 'C' nihh..tido sini kejap. Esok nk ke Putrajaya jap.

Keesokkan harinya kami di PUTRAJAYA, aku hallo seorang kawan yg aku kenali melalui FB, Eila Kiko namanya dan lebih mesra aku panggil Cik Iko bersama kawannya Alynn. Pagi tu Cik Iko ni ada shoot kt taman botani, sempat la kami jumpa photog2 dari Kota Raya ni HAHAHA. Petang tu Cik Iko bawak kami semua melawat area2 PJ ni dan shoot sikit2 sampai malam..hehehe..Dah malam tu macam plan nak balik penang dah tapi si 'A' ni dia masih tak cukup nak jumpa awek dia kat Gombak tu, so, kami cakap jumpa jaa..bukan selalu mai..so si 'A' ni g la amek awek dia kat gombak dan kami g lepak kat titiwangsa. After lepak situ g makan MCD kt Gombak. Pas tu baru la tembak balik penang. Tapi tak sampai..hahahaha..Suboh tu brenti tido kt Ipoh. Aku tidor terus, pagi tu aku perasan member 'A' ngn 'M' berenti dekat kawasan mana ntah, depa dok shoot. Aku yang masih lali lali terus terlena dan sedar2 ada kat sungai perak dah..hahaha..lepak makan jap, pas tu g Taiping mandi air terjun kat Bukit Larut. Petang tu lepak taman tasek taiping. Punya la bosan. Nak shoot pon dh tak larat. Aku sampai rumah tepat orang azan Maghrib. Alhamdulillah, tak ada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang travel ni. HAHAHA


Overall Enjoy arr Travel 4 hari 3 malam ni ! Thumbsup kawankawan aku memang da best :)
Nanti kita travel lagi yaww !!! <3

Friday, 12 April 2013

DUNIA ^_^

Orang selalu cakap dunia ni ibarat roda. Cehh ! itu ayat yang orang selalu guna. Dunia ni ibarat burung layang-layang. Dia akan terbang walaupun di waktu tengah hari ataupun hujan. Melalui satu pemerhatian aku, burung layang layang ni akan terbang di waktu hujan tapi aku tak nampak pulak burung burung lain. Timbul 1 tanda tanya kenapa burung lain tak terbang sekali ? Aku tengok burung lain dok bertengek dekat dahan dahan pokok. Mungkin mereka tak selesa bila terbang ketika hujan atas sebab sayap mereka basah/mereka akan menjadi berat untuk menggerakkan sayap. Dalam dunia ni kita patut jadi seperti burung layang layang tu, sebab dalam waktu macam mana pon dia akan terus terbang walaupun susah. Walaupun kita ada masalah pasti ada penyelesaian (aarrghhh , tulis/cakap memang senang) habis tu ? Hampa nak bunuh diri ka ? hampa tetap kena bertemu dengan masalah tu, kalau lari pon sampai mana dan nak kemana sangat ? Bodohkan kita ? Jadi pandai pon ada masalah, jadi bodoh pon ada masalah. Kita nampak orang miskin ni pasti ada masalah , utama ialah kewangan. Jangan kita lupa, orang kaya pon ada masalah kewangan.

Semalam bila aku sembang dengan kawan kawan aku yang ada bisnes sawit. Dia memang ada duit, tapi bila dia cakap "Lagi banyak duit hang, lagi banyak la hang nak kena melabuq". Mula mula aku tak faham apa maksud dia, rupanya duit tu digunakan untuk memperbesarkan bisnes. Bila dah maju, mesti hang dapat pulangan yang lumayan tapi takkan bisnes hang takat tu ja ? Hang mesti nak memperluaskan. Bisnes sawit bukan pakai modal RM5000/RM10000. Pastu aku terus tukar topik. Arrgghhh !!! Tak faham aku bisnes bisnes nii..hhahahahaha.

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah ringkas. Setiap orang ada masalah masing masing. Inilah dunia. Kalau anda hidup dialam fantasi Insya Allah tak ada masalah..hihihihi. Aku suka dengar masalah orang, sebab aku boleh buat perbandingan tapi kalau masalah tu bersangkut paut dengan orang penting dalam hidup aku contoh macam adik beradik/kawan baik dan mungkin akan berlaku perbalahan, maaf..aku tak dapat nak tolong. Hanya sekadar memberi nasihat yang termampu.

Apa apupun, kita mampu minta tolong pada Allah Taala. Come on ! DOA ja beb. Tak susah. Kita sendiri yang bikin susah. Salam ~

Wednesday, 10 April 2013

Nama Saya Farid Kamil

Baru Nak Up !

HAHA, ni first time aku buat blog dan tulis segala benda merapu raban ni. keh keh keh.
Well , mai aku introduce diri aku dlu. Nama dalam ic aku ialah Farid Kamil. Tapi orang panggil aku Amirun jaa..hurmmm , hahaha..Umur , muda lagi, aku malas nak bagitau umur aku takot nanti orang tak pecaya. GERAM AKU !!! huh ~~~ hahahaha. Dulu aku tak pandang laman2 sosial ni. Aku malas nak ambik tau. Tapi bila aku mula bermain main dalam dunia fotografi ni, aku mula tertarik dengan binatang alah nii..adoiii ~~ hahaha. Tapi takpa, layan jaa.. Takda apa sangat yang hendak ditulis untuk permulaan ni. Saja taknak biaq kosong..kihkihkih. Jumpa Lagi ~~~