Saturday, 19 October 2013

K E H I D U P A N

Ahh, dah lama aku tingalkan benda benda ni. Lepas apa yang berlaku dalam hidup aku, bagi aku setakat ni paling mencabarlah bila kamera kesayangan aku hilang. Aku jadi lemah, lengai, lembab tak tentu pasai. Tapi semangat aku kembali dengan dorongan kluarga dan kawan2..huhu, best ! Dapat kamera baru. hehe.. Ada hikmahnya..Sekarang aku teruskan aktiviti aku dalam mengambil gambar. Yang dahulunya aku sering tangkap gambar gambar perempuan, model dan sebagainya tanpa ada maksud yang tersurat, tersirat dan kenapa aku tangkap gambar tu. Tapi sekarang aku nk letakkan satu identiti atau satu cerita dalam setiap gambar yang aku persembahkan. Ni aku bagi hampa ushar sikit..hehehe ~

Inilah kehidupan kita, hidup secara berpasangan dan Allah telah tetapkan pasangan atau jodoh kita. InsyaAllah kita tergolong dari orang2 yang menjaga batas batas pergaulan.


Syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menarik hamba hamba Allah supaya masuk ke neraka bersama sama mereka. Inilah SUMPAH SYAITAN. Kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dan sering melanggar setiap perintah Allah kerana kita mudah terdengar hasutan syaitan. Oleh itu, kembalilah kita memperketatkan iman dan selalu melakukan amal soleh. InsyaAllah.


Lupakah kita pada sumpah pendekar ? Berpegang pantang main kepala, berjanji takkan tinggal maruah dan takkan bertikam sesama kita. ITULAH SUMPAH PENDEKAR ANAK MELAYU !



Kita tidak tahu kemana kita akan pergi di masa akan datang. Apakah perjalanan kita selalunya indah, selalunya hebat ? Tak juga, kadang kadang kita pasti melalui satu keadaan yang sukar diterima tapi hakikatnya kita sudah terima. Melihat dari gambar ini, aku tahu makcik ni sedang kesunyian, tanpa teman, tiada orang disekelilingnya dan tiada siapa yang ambil berat tentangnya. KEHIDUPAN KITA TAK SELALUNYA INDAH !
Itulah serba sedikit perkongsian aku terhadap agenda terbaru aku dalam dunia fotografi. Aku akan terus berkarya dalam membentuk satu nasihat kepada semua orang dan juga aku sendiri. InsyaAllah. Semoga aku berjaya ! Aminn !



No comments:

Post a Comment